Kembali

  ET2-P1 Kadar Kemiskinan

ET2-P1 Kadar Kemiskinan
Definisi Penunjuk:

Peratus penduduk yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan.

Penerangan / Justifikasi:

Kadar kemiskinan merupakan salah satu ciri terpenting bagi menunjukkan tahap kemunduran penduduk di sesuatu kawasan. Pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan trend kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu tempat.

Purata Garis Kemiskinan Per Isi Rumah Malaysia

Wilayah

Miskin (RM)

Miskin Tegar (RM)

Bandar

Luar Bandar

Jumlah

Bandar

Luar Bandar

Jumlah

Semananjung Malaysia

970

880

960

607

589

604

Sabah dan WP Labuan

1,170

1,220

1,180

684

791

722

Sarawak

1,070

940

1,020

725

618

681

Malaysia

989

925

980

620

619

619

Sumber : UPE, JPM 2016

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata bagi tahun 2014 adalah RM 930.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM1,170 bagi Sabah/Labuan dan RM990.00 bagi Sarawak. PGK Kemiskinan tegar pula ditetapkan sebanyak RM580.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah/Labuan dan RM 660.00 bagi Sarawak.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyasarkan kadar kemiskinan dapat dikurangkan kepada 2.8% menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun, kemiskinan negara pada tahun 2015 telah menurun kepada 0.6% berbanding 3.8% pada tahun 2009 (RMKe-11, 2016).  

 

Purata Garis Kemiskinan Per Isi Rumah Mengikut Negeri

Negeri

Miskin (RM)

Miskin Tegar (RM)

Bandar

Luar Bandar

Jumlah

Bandar

Luar Bandar

Jumlah

Johor

944

850

923

606

564

597

Kedah

872

850

866

558

571

562

Kelantan

935

854

894

662

602

632

Melaka

959

867

953

611

569

608

Negeri Sembilan

874

813

858

562

523

551

Pahang

960

889

931

637

608

625

Pulau Pinang

944

993

946

575

628

578

Perak

839

792

828

558

539

553

Perlis

888

879

884

569

603

582

Selangor

1,038

951

1,033

630

626

630

Terengganu

1,047

1,016

1,036

729

704

721

Sabah

1,154

1,215

1,176

684

791

723

Sarawak

1,068

941

1,016

725

618

681

W.P Kuala Lumpur

1,069

-

1,069

601

-

601

W.P Labuan

1,154

1,281

1,168

682

839

699

W.P Putrajaya

1,083

-

1,083

588

-

588

Sumber : UPE, JPM 2016

Sumber Data:
  • eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Bahagian Kesejahteraan Bandar, KPKT.

Butiran Data:

A.   Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.   Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

Peringkat Data: Negeri
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET2 – P2 = (A ÷ B) × 100

Di mana :

= Jumlah penduduk miskin di kawasan kajian pada tahun kajian.

= Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

≤ 0.6% (Tinggi)

 0.7% – 2.7% (Sederhana)

≥ 2.8% (Rendah)

 

3

2

 

1

≤ 0.6%